Subscribe:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 21 June 2012

WALIMATUL URUS (Mohd Syahrom a.k.a YON)


Makluman kepada semua ahli Badan Kebajikan Staf (BKS), satu majlis perkahwinan seorang saudara baru kita Mohd Syahrom bin Khairuddin a.k.a Yon Bollywood (Chargeman) akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati beliau pada 14 Julai 2012 (Sabtu) bersamaan 24 Syaaban 1433 Hijrah. di Dungun, Terengganu.

Semua di jemput hadir, walaupun tak dapat kad jemputan.

Pelan ke rumah pengantin lelaki

 Alamat:
PT 7058, Taman Rakyat jaya
23000 Dungun, Terengganu


Marilah sama2 kita meramaikan majlis perkahwinan beliau.

P/s- Ada artis jemputan dari Bollywood, Datuk Shahrukh Khan dan Kajol....serta ramai artis Bollywood yang akan memeriahkan majlis ini........

Memohon sumbangan Ikhlas

Untuk makluman semua kakitangan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman, anak En Norhashimi telah dimasukan ke hospital disebabkan sakit saraf (sila perbetulkan jika mempunyai maklumat yang tepat). Sehubungan dengan itu Badan Kebajikan Staf ingin meminta sumbangan ikhlas dari semua ahli bagi meringankan beban kewangan beliau. Sebarang sumbangan dari tuan/puan bolehlah disalurkan kepada Ketua Program masing-masing.

Pihak Badan Kebajikan Staf akan mengadakan lawatan ke hospital pada hari jumaat (22 Jun 2012). Rombongan ini diketuai oleh En. Abd Rahman dan disertai oleh Ketua Program bersama-sama dengan Pengerusi BKS.

Sekian Terima Kasih

Zainal Abidin Bin Yusof
Pengerusi Badan Kebajikan Staf (BKS)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman

Wednesday 13 June 2012

Perkahwinan (Rahim Embong)

Assalamualaikum wbt......


Tahniah kepada saudara Rahim Embong @ Remy Ishak kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan lalu. Semoga beroleh keberkatan daripada NYA...

BKS mengucapkan TAHNIAH kepada anda berdua.....


Kelahiran Orang Baru (Ain)

Assalamualaikum wbt......



Tahniah diucapkan kepada saudari Nurul Ain kerana selamat melahirkan seorang anak lelaki pada
23 May 2012 seberat 3.3 kg. Bayi beliau diberi nama Muhammad Akeef Bin Zamri.


Semoga dengan kedatangan orang baru ini akan merapatkan hubungan suami isteri dan prestasi kerja beliau akan semakin bersinar di masa hadapan. Harapan kami semoga anak yang dianugerahkan ini menjadi anak yang soleh pada masa akan datang...Amin...


Bagi pihak Badan Kebajikan Staf, sekalung TAHNIAH kami ucapkan.


Walimatul Urus (Hafizuddin a.k.a Topek)

Assalamualaikum wbt......
 
Kepada semua ahli Badan Kebajikan Staf (BKS), satu majlis perkahwinan seorang saudara kita Muhammad Hafizuddin Bin Johari a.k.a Topek (Juruteknik Komputer) akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati beliau pada 15 dan 22 June 2012.
 
Majlis sebelah pengantin perempuan
 
 
                                              Tarikh         -   15 Jun 2012
                                              Hari             -  Jumaat
                                              Alamat        -  304, Rumah Murah Geliga
                                                                     24000 Kemaman, Terengganu.
 
Majlis sebelah Pengantin Lelaki (Rumah Topek la...)
 
 
                                             Tarikh          -   22 Jun 2012
                                             Hari              -   Jumaat
                                             Alamat         -   J4 Lorong Mutiara 5
                                                                       Rumah Murah Binjai
                                                                      24000 Kemaman, Terengganu.                                        

Peta ke rumah Topek


Bagi pihak Badan Kebajikan Staf, kami
mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru
kepada
saudara Topek semoga berbahagia ke anak cucu.


p/s- ni bukan nak menjemput...sapa yang dapat kad tu boleh la pegi ye...

Sunday 3 June 2012

Perkahwinan (Nor Jamaludin)

Assalamualaikum wbt.

Tahniah diucapkan kepada saudara Nor Jamaludin (Bendahari BKS yg baru) kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati beliau.

Sabar BROOOO....
Semoga dengan terikatnya kasih disimpul mati ini, segala komitmen beliau terhadap kerja di KKTM Kemaman ini akan semakin bertambah...dah segala claim2 bagi staf Kemaman bertambah lancar lagi...insyaallah..hehehe....
Saudara Jamal xsabar menunggu kepulangan kami..tambah2 hari mau hujan....

Pada 31hb May 2012, sy berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan beliau di sebelah pengantin perempuan yang diadakan di Kampung Sungai Buluh Sedim ( dekat dengan air terjun sedim)...

Semoga berbahgia ke akhir hayat....

Kelahiran orang baru ( Iwe Ashaari)

Assalamualaikum wbt.

Damia Qasrina Bt.Mohd Ridzuan.
Tahniah diucapkan kepada saudara Mohd Ridzuan Shaari a.k.a Iwe kerana isteri beliau telah selamat melahirkan seorang puteri pada 28 May 2012 (Betulkan sy kalau silap). Bayi beliau diberi nama Damia Qasrina Bt.Mohd Ridzuan.

Semoga dengan kedatangan orang baru ini akan merapatkan hubungan suami isteri. Semoga anak yang dianugerahkan ini menjadi anak yang solehah pada masa akan datang...Amin...

Bagi pihak Badan Kebajikan Staf, kami mengucapkan TAHNIAH...........

Thursday 24 May 2012

kelahiran org baru (Najiyah Hamzah)


Assalamualaikum wbt.

Seperti ramai yg sedia maklum, seorg ahli BKS, Pn. Najiyah Hamzah telah selamat melahirkan seorang puteri pada 12 Mei 2012 ( betulkan sy kalau silap) 7.30pm di hospital Selayang. Berat puteri beliau semasa dilahirkan ialah 3.05kg dan diberi nama Nurul Nabilah (semua info dari facebook Pn. Najiyah)

Bagi pihak Badan Kebajikan Staf, kami mengucapkan sekalung tahniah dengan kelahiran kedua mereka suami isteri. Dengan kehadiran sepasang cahaya mata ini, diharapkan hidup keluarga mereka lebih bersinar di masa hadapan.

Semoga puteri yang baru lahir ini mendapat keberkatan oleh NYA dan menjadi anak yg solehah.

TAHNIAH diucapkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4