Subscribe:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 24 May 2012

kelahiran org baru (Najiyah Hamzah)


Assalamualaikum wbt.

Seperti ramai yg sedia maklum, seorg ahli BKS, Pn. Najiyah Hamzah telah selamat melahirkan seorang puteri pada 12 Mei 2012 ( betulkan sy kalau silap) 7.30pm di hospital Selayang. Berat puteri beliau semasa dilahirkan ialah 3.05kg dan diberi nama Nurul Nabilah (semua info dari facebook Pn. Najiyah)

Bagi pihak Badan Kebajikan Staf, kami mengucapkan sekalung tahniah dengan kelahiran kedua mereka suami isteri. Dengan kehadiran sepasang cahaya mata ini, diharapkan hidup keluarga mereka lebih bersinar di masa hadapan.

Semoga puteri yang baru lahir ini mendapat keberkatan oleh NYA dan menjadi anak yg solehah.

TAHNIAH diucapkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kelahiran orang baru (Asiq)


Assalamualaikum wbt.

Untuk makluman ahli BKS,  isteri kepada saudara Asiq telah selamat melahirkan puteri sulong mereka pada 18 Mei 2012 10.55pm.

Bagi pihak Badqn Kebajikan Staf mengucapkan sekalung tahniah kepada saudara Asiq. Semoga puteri yang dilahirkan menjadi seorang insan yang solehah.

Kepada ahli BKS bolehlah dtg melawat anak beliau di kuarters staf KKTM Kemaman.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Ikatan Blogger BKS



Makluman buat ahli BKS

Sesiapa dikalangan kita yang mempunyai blog @ website sendiri dengan tujuan perkongsian ilmu, wacana, pengalaman dan sebagainya, boleh teruskan ajukan melalui admin bks untuk ditautkan@ dilinkkan dalam blog BKS ini.

Ianya bertujuan untuk bertukar-tukar ilmu dan pandangan, menerapkan budaya mencatit, menulis, merencah minda dan pemikiran, sekaligus dapat menyebarkan ilmu untuk dikongsi bersama ahli  BKS.

Tuesday 22 May 2012

WALIMATUL URUS (Jamal)



Makluman seluruh ahli BKS


Jangan lupa untuk menghadiri majis perkahwinan sahabat kita, saudara Nor Jamaludin Bin Haji Ismail bersama pasangannya Nurul Natasha Ermiza Binti Baharudin.

Bagi pihak Badan Kebajikan Staf 
mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru 
kepada 
saudara Jamaludin, semoga berbahagia ke anak cucu.


Majlis perpisahan En Basit dan En Azhar

Assalamualaikum...

Pada bulan Ogos 2011 yang lalu, satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan untuk En Basit selaku Pengerusi BKS yang pertama dan En. Azhar Azmi. En. Basit akan bertukar ke IKM TSYA Pekan, dan EN. Azhar Azmi yang akan bertukar ke PMN Kelantan.Ketiadaan kedua-dua staf yang sangat berdedikasi ini amat dirasai oleh warga kerja KKTM Kemaman dan Badan Kebajikan Staf. Walaubagaimanapun warga Kolej mengucapkan selamat maju jaya dalam perkhidmatan masing-masing. Adalah diharapkan mereka meneruskan kecemerlangan perkhidmatan di tempat baru. Jasamu dikenang.

En. Azhar Azmi memberikan ucapan perpisahan.

En. Basit menyampaikan amanat terakhir selaku Pengerusi BKS yang pertama.
En. Basit dan En. Azhar diraikan oleh Orang2 Kuat KKTM Kemaman

Pengerusi BKS mengagihkan buah kurma kepada semua staf.
Hadiah ikhlas dari beliau selaku Pengerusi BKS.
Semoga En. Basit dan En. Azhar akan lebih bersinar di tempat baru. Kami mendoakan segala yang terbaik untuk anda berdua.

Banyak lagi gambar2 di SINI
Wsalam.

Thursday 17 May 2012

Mesyuarat Aktiviti Mencandat Sotong di Pulau Kapas

Assalamualaikum...

 Pada minggu ini beberapa orang staf dari KKTM Kemaman akan bertolak ke perairan Pulau Kapas sempena Pesta Mencandat Sotong yang selalu diadakan setiap tahun. Antara staf yang join mencandat sotong adalah
  1. En. Zainal (Pengerusi BKS)
  2. En. Mohd Nazif
  3. En. Mazelan Selimin
  4. En. Mohd Sayuti
  5. En. Amirul
  6. En. Rasul
  7. En. Safuan
  8. En. Amar dan Isteri
  9. En. Hizal.
Program yang dijalankan ini dibawah aktiviti Badan Kebajikan Staf. Pada hari ini para peserta bermesyuarat bagi melancarkan perjalanan tersebut.
Antara peserta yang terlibat Pesta Mencandat Sotong

Nantikan gambar-gambar semasa aktiviti Pesta Mencandat Sotong pada entry akan datang...

Wednesday 16 May 2012

Mesyuarat BKS yang pertama 2012

Mesyuarat membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan

Pengerusi BKS yang baru dilantik sedang mempengerusikan majlis


Banyak lagi gambar2 di SINI