Subscribe:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 22 May 2012

Majlis perpisahan En Basit dan En Azhar

Assalamualaikum...


Pada bulan Ogos 2011 yang lalu, satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan untuk En Basit selaku Pengerusi BKS yang pertama dan En. Azhar Azmi. En. Basit akan bertukar ke IKM TSYA Pekan, dan EN. Azhar Azmi yang akan bertukar ke PMN Kelantan.Ketiadaan kedua-dua staf yang sangat berdedikasi ini amat dirasai oleh warga kerja KKTM Kemaman dan Badan Kebajikan Staf. Walaubagaimanapun warga Kolej mengucapkan selamat maju jaya dalam perkhidmatan masing-masing. Adalah diharapkan mereka meneruskan kecemerlangan perkhidmatan di tempat baru. Jasamu dikenang.

En. Azhar Azmi memberikan ucapan perpisahan.

En. Basit menyampaikan amanat terakhir selaku Pengerusi BKS yang pertama.
En. Basit dan En. Azhar diraikan oleh Orang2 Kuat KKTM Kemaman

Pengerusi BKS mengagihkan buah kurma kepada semua staf.
Hadiah ikhlas dari beliau selaku Pengerusi BKS.
Semoga En. Basit dan En. Azhar akan lebih bersinar di tempat baru. Kami mendoakan segala yang terbaik untuk anda berdua.

Banyak lagi gambar2 di SINI
Wsalam.